32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Selesai isu stoking kalimah Allah secara adil, baik – MBM

Mesti Baca

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) mahukan agar isu penjualan stoking dengan kalimah Allah dapat diselesaikan dengan adil dan baik bagi mengelak ketegangan kaum dan agama yang melampau.

Sehubungan itu, Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid berkata, pihak yang didapati bertanggungjawab mencetuskan polemik tersebut harus dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

Beliau berkata, tiada kompromi boleh diberikan kepada pihak yang mempermainkan perkara berkaitan agama, bangsa atau raja (3R) tanpa mengira pihak manapun.

“Melihat kepada lipatan sejarah di Malaysia yang telah banyak menyaksikan isu sensitiviti agama ini terjadi, MBM ingin mengingatkan semua pihak wajar mengambil iktibar tentang apa yang terjadi dan meletakkan isu sensitiviti agama di tahap yang tertinggi tidak kira dalam apa perkara sekalipun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas polemik berkaitan penjualan stoking dengan kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka di Bandar Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini.

Insiden tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya umat Islam sehingga ada gerakan untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Advertisements

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan dukacita dengan insiden tersebut dan menggesa pihak berkuasa mengmbil tindakan sewajarnya bagi memastikan ia tidak berulang.

Mohd Izzat Afifi berkata, dalam kemajmukan kaum dan agama di Malaysia, penting diingat bahawa setiap agama mempunyai batasan masing-masing.

Bagi umat Islam, tegas beliau, penggunaan dan penghormatan terhadap kalimah Allah adalah suatu kewajipan yang tertinggi.

“Maka, kemurkaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi isyarat jelas bagaimana polemik isu kalimah Allah ini tidak boleh dipandang sebelah mata dan dibiarkan begitu sahaja tanpa mempertanggungjawabkan pihak yang terlibat apatah lagi di kala umat Islam di seluruh negara sedang menjalani ibadah puasa,” katanya.

Beliau berkata, MBM menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan berharap semua pihak harus memberikan ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan