25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

ST, SME Corp. perluas kerjasama dalam pembangunan PMKS

Mesti Baca

SURUHANJAYA Tenaga (ST) dan SME Corp Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Antara kerjasama yang dihasratkan ialah Di bawah perjanjian tersebut, mereka berhasrat untuk bekerjasama dalam pelaksanaan aktiviti bersama bagi program-program pembangunan melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Selain itu, MoU turut melibatkan pertukaran atau perkongsian maklumat kepada pemegang taruh bagi memastikan polisi dan program-program yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara efektif.

Ketua Pegawai Eksekutif ST, Datuk Ir. Ts Abdul Razib Dawood berkata, ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara berharap MoU tersebut dapat meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua pihak.

Advertisements

“Ini terutamanya melibatkan program pembangunan PMKS, yang turut merangkumi program-program kesedaran kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berpaip dalam kalangan PMKS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy pula berkata, sebagai agensi penyelaras pusat dalam pembangunan PMKS boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai program berkaitan kecekapan tenaga menerusi kementerian dan agensi yang terlibat.

“Pengurusan tenaga merupakan salah satu petunjuk asas dalam menilai amalan persekitaran, sosial dan tadbir rrus (ESG) dalam kalangan PMKS berdasarkan panduan pantas ESG untuk PMKS yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 5 Februari 2024,” katanya.

Dalam Majlis ini, Abdul Razib menandatangani perjanjian bagi pihak ST manakala Rizal mewakili SME Corp. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan