27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa.

Malaysiakini yang memetik sumber berkata, Mohd Shukri ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi media tersebut mengesahkan Mohd Shukri kini berada di ibu pejabat agensi berkenaan.

Apabila ditanya sama ada Pesuruhjaya Pas Perlis itu ditahan, Azam berkarta, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.

Advertisements

Bagaimanapun, katanya, ahli politik terbabit dijangka dilepaskan jika SPRM berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan.

Pada Jumaat lalu, anak Mohd Shukri dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas ditahan bersama lima individu lain bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Bagaimanapun, kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan