33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

Mesti Baca

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga demi memburu misi ke separuh air.

Itu adalah senario yang digarap oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum sepak mula kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23).

Namun, di atas padang segala-galanya berbeza apabila skuad Harimau Muda pulang dengan tiga perlawanan, bolos enam kali, hanya mencipta satu gol, membawa pulang satu kad merah dan berada di kedudukan tercorot Kumpulan D.

Tewas 0-2 kepada Uzbekistan kemudian 0-2 kepada Vietnam dan awal pagi ini tewas pula kepada Kuwait 1-2 sekali gus menutup kempen Piala Asia B23 kali ini dengan tangan kosong.

Dalam aksi terakhir bertemu Kuwait di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi in, rentak anak-anak buah Juan Torres Garrido terjejas apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Nooa Laine melepasi kawalan pemain Kuwait, Salman Mohammed. – Foto: FB FAM

Ini selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama susulan mengasari kapten Kuwait, Salman Mohammed di luar kotak penalti.

Penyerang Luqman Hakim Shamsudin terpaksa dikorbankan oleh Garrido dengan membawa masuk penjaga gol gantian Firdaus Irman Mohd Fadhil bagi mengisi kekosongan di gawang yang terpaksa ditinggalkan Sikh Izhan.

Advertisements

Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan di penghujung tambahan masa babak pertama yang berlanjutan sehingga 15 mini apabila Kuwait dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Salman selepas Umar Hakeem dipersalahkan kerana mengasari Talal Al Qaisi hasil semakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Mukhairi Ajmal Mahadi terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan buat Malaysia apabila gagal menyudahkan hantaran lintang Haqimi Azim Rosli sebelum Firdaus menyelamatkan percubaan satu lawan satu berdepan Salman pada minit ke-59.

Namun, seminit kemudian Malaysia semakin tertekan apabila pasukan lawan kendalian Emilio Peixe berjaya melebarkan kedudukan selepas Talal menanduk masuk hantaran lintang Sultan Al Faraj.

Kedudukan selesa Kuwait tidak bertahan lama apabila Haqimi menyudahkan hantaran jauh dengan rembatan kencang pada minit ke-63 untuk menjaringkan gol pertama pasukan negara pada kempen kali ini.

Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, Salman pula diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Alexander King dari Australia susulan terjahan keras ke atas Umar Hakeem pada minit ke-83 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain.

Kedudukan kekal 2-1 berpihak Kuwait sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membolehkan anak buah Peixe memintas Malaysia untuk menamatkan saingan Kumpulan D di kedudukan ketiga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan