24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

Mesti Baca

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia Ke-17 yang berlangsung pada 21 hingga 26 April.

Pasukan PSIS Roboteam itu berjaya mempertahankan kejuaran buat kali kelima berturut-turut apabila menyapu enam pingat emas, enam perak dan tiga gangsa menerusi sembilan kategori yang dipertandingkan.

PSIS telah menghantar seramai 48 pelajar terdiri daripada 27 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), 17 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), empat pelajar sekolah iaitu masing-masing dua orang dari Sekolah Berintegrasi Penuh Sabak Bernam dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam.

“Seramai 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh negara telah mengambil bahagian pada kejohanan edisi kali ini.

“Objektif utama penganjuran Piala FIRA Malaysia adalah untuk meningkatkan minat masyarakat umum khususnya pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memberi ruang kepada pelajar-pelajar mengembangkan daya kreativiti mereka.

“Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan untuk kejohanan kali ini iaitu Simurosot, AiBot, HuroCup, MyBot Youth, Robosot, Androsot, Air Drone, Business & Innovation dan Autonomous Car Challenge,” kata Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Penutup kejohanan ke-17 Piala FIRA Malaysia itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Sementara itu, Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan menduduki tempat kedua dengan mengutip enam emas, dua perak dan empat gangsa manakala tempat ketiga disandang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang dengan tiga emas, dua perak dan tujuh gangsa.

Mustapha dalam ucapannya berkata, penganjuran kejohanan seumpama itu dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti, berkebolehan dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi komputer, elektrikal, dan mekanikal.

“Ia juga mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET tempatan selari dengan hasrat Lonjakan 4: Graduan TVET berkualiti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (Pendidikan Tinggi) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya.

Pemenang Piala FIRA Malaysia berpeluang meneruskan perjuangan di peringkat antarabangsa melalui penganjuran FIRA RoboWorld di mana pelajar akan berentap dengan peserta-peserta dari serata dunia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan