31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

Mesti Baca

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah mengambil maklum saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir agar semua program penceramah warga asing didakwa pro-Israel dibatalkan segera.

Lantaran itu, UM memaklumkan, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah jemputan warga asing tersebut.

“Laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini.

“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak. Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.

Advertisements

“Dalam pada itu, pihak UM turut mengecam kenyataan terbaharu individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia.

“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia,” tegas UM.

Terdahulu, UM menerima kecaman kerana didakwa menjemput seorang ahli akademik yang didakwa pro-zionis untuk memberi ceramah di universiti tersebut.

Ahli akademik itu turut menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Tindakan ahli akademik yang merupakan Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland, Amerika Syarikat itu membuat kenyataan menerusi akaun X berhubung perkara tersebut turut mendapat kecaman netizen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan