30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

Mesti Baca

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia.

Ini dibuktikan apabila Maritim Malaysia telah menerima permohonan pertemuan bilateral daripada deligasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina.

Malahan agensi itu juga menerima permohonan daripada wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula semalam.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, Maritim Malaysia telah berkongsi peranan penting yang dimainkan agensi itu dalam menjaga kedaulatan perairan negara serta amalan terbaik dalam penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau khususnya di sempadan maritim negara.

“Dalam pertemuan tersebut Maritim Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif.

Advertisements

“Ini membuktikan keupayaan Maritim Malaysia untuk bergerak seiring dengan perkembangan global dan menangani cabaran semasa dalam domain maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Saiful Lizan lagi, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Melalui pengiktirafan ini, katanya, secara tidak langsung ia telah memberi dorongan kepada para pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara.

Beliau berkata, selain pertemuan bilateral agensi penguat kuasa, Maritim Malaysia turut menerima kunjungan hormat dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan