26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 29, 2024

Malaysia alami kelunturan terumbu karang secara besar-besaran

Mesti Baca

JABATAN Perikanan (DOF) mengesahkan terumbu karang yang ada di perairan negara ini sedang mengalami proses kelunturan secara besar-besaran.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, ini berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), operator selam skuba dan penyelam serta pemantauan oleh pertubuhan Reef Check Malaysia.

Kenyataan itu berkata, tinjauan yang dijalankan dari April hingga Jun mendapati lebih 50 peratus terumbu karang terjejas oleh kelunturan akibat peningkatan suhu permukaan laut.

Kawasan yang terjejas ialah Pulau Payar di Kedah; Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol (Terengganu); Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Pemanggil di Johor).

“Sejak awal tahun ini, US National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) telah mengeluarkan pemberitahuan Bleaching Watch untuk Malaysia, yang menunjukkan suhu permukaan laut melebihi purata dan potensi tekanan terma pada terumbu karang.

“Sebagai tindak balas, DOF mengeluarkan amaran pada 1 April 2024, kepada semua Pejabat Perikanan Negeri untuk memantau keadaan terumbu dan melaporkan tanda-tanda kelunturan karang,” kata kenyataan itu hari ini.

Jabatan itu berkata, kebanyakan terumbu yang terjejas berada di perairan cetek kurang daripada 10 meter.

Advertisements

“Tapak ini sedang dipantau rapi oleh DOF dan pelbagai pihak untuk mengesan perubahan dalam situasi kelunturan,” katanya.

Untuk rekod, kelunturan karang adalah tindak balas semula jadi karang terhadap tekanan alam sekitar.

Apabila tertekan, batu karang mengeluarkan alga mikroskopik, dipanggil zooxanthellae, yang hidup dalam tisu mereka dan yang memberikan karang sebahagian besar makanan dan warna cerah.

Pengusiran ini menyebabkan batu karang menjadi putih, memberikan mereka rupa yang “luntur”.

“Kelunturan secara besar-besaran merujuk kepada kelunturan berskala besar pelbagai spesies karang di kawasan yang luas, selalunya disebabkan oleh kenaikan suhu air laut yang melebihi paras purata normal suhu tahunan dan dalam tempoh berpanjangan,” jelas DOF.

Di Malaysia, katanya, peristiwa kelunturan yang ketara berlaku pada tahun 1998, 2004, 2010, dan 2014-2016. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Nenggiri 17 Ogos, penamaan calon 3 Ogos – SPR

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Ogos...

Lagi Artikel Berkaitan