30 C
Kuala Lumpur
Friday, June 28, 2024

PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN persiapkan jentera

Mesti Baca

PARTI-PARTI komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN telah memberikan komitmen penuh mereka mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang yang akan bermula hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan padu itu sebagai tanda kesatuan hati dan semangat juang parti itu bagi membantu calon kerajaan perpaduan untuk mencapai kejayaan dalam PRK tersebut.

Beliau berkata, komitmen tersebut dinyatakan semasa pertemuan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (DUN) BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, petang semalam.

“Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan persiapan dan kerjasama antara kita semua dalam usaha memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,”katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Kah Siong, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Dalam PRK yang akan berlangsung 6 Julai itu, gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dari PKR sebagai calon.

Advertisements

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Dalam PRK Kuala Kubu Baharu bulan lalu, MCA dan MIC bertindak memboikot pilihan raya tersebut setelah wakil daripada DAP, Pang Sock Tao diletakkan sebagai calon mewakili gabungan PH/BN.

Sementara itu, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Dewan Tertinggi BN juga bersetuju untuk mengadakan beberapa program khas bagi memperkukuhkan hubungan antara parti dan rakyat sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN Ke-50.

“Terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan komitmen penuh kepada agenda yang dibincangkan.

“Dengan semangat dan iltizam yang tinggi, saya yakin BN akan terus mara ke hadapan, membawa kesejahteraan dan kemakmuran untuk Malaysia.

“Marilah kita bersama-sama bekerja keras dan berusaha gigih demi masa depan yang lebih gemilang!,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

TMJ ‘panas’ hukuman Selangor FC diringankan sebelum rayuan

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ‘panas’ apabila Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan meringankan hukuman yang dikenakan terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan