29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 28, 2024

PRK Sungai Bakap: Tiada pengundian awal 2 Julai – SPR

Mesti Baca

TIADA pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai.

Bernama yang memetik Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata ini kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.

“Betul tiada pengundian awal, semua telah memohon untuk undi pos,” katanya seperti dilapor agensi berita itu hari ini.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kertas undi pos kepada semua yang terlibat esok dan kertas itu boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) pada 2.30 petang.

Advertisements

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei, seramai 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.

Advertisements

Terkini

TMJ ‘panas’ hukuman Selangor FC diringankan sebelum rayuan

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ‘panas’ apabila Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan meringankan hukuman yang dikenakan terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan