25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 29, 2024

Rakyat marah bukan sebab penyasaran subsidi tapi janji dahulu

Mesti Baca

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Sebaliknya beliau berkata, kemarahan rakyat kerana soal janji yang telah dilemparkan dahulu dengan pelaksanaan yang berbeza dengan hari ini.

Beliau berkata, apa yang menambah kemarahan rakyat apabila kesalahan diletakkan kepada pelbagai pihak yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah tersebut.

“Lagi rakyat marah bila salahkan pelbagai pihak menjadi punca penyelarasan subsidi diesel, salahkan nelayan dan salahkan penyeludup.

“Kalau dah tahu ada salah laku,ambillah tindakan, kalau tidak cukup penguatkuasa untuk memantau tambahlah penguat kuasa bukan main persepsi ini salah, itu salah tetapi penguatkuasaan tiada!

Admit it and move forward!! Bukan salahkan mana-mana pihak,” katanya hari ini.

Advertisements

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, rakyat boleh memahami soal prinsip kenapa penyelarasan subsidi perlu dilakukan.

Tetapi katanya, biarlah secara berperingkat dan bukan mengejut kerana sudah tentu akan mengakibatkan kejutan ekonomi rakyat.

“Sebab itu dulu zaman BN (Barisan Nasional) penyelarasan subsidi kita buat berperingkat tetapi itupun dulu sampai (ada yang) berguling di atas jalan membantah.

“Kerajaan ada kuasa hari ini tetapi rakyat akan menilai,” katanya seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan penyasaean subsidi bagi diesel yang menyaksikan harga runcit bahan bakar itu melonjak dari RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah tersebut sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi ketirisan membabitkan subsidi bahan api berkenaan yang disifatkan semakin berleluasa kebelakangan ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Nenggiri 17 Ogos, penamaan calon 3 Ogos – SPR

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Ogos...

Lagi Artikel Berkaitan