28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 5, 2025

Mas Ermieyati calon pertama diumum PN

Calon PN yang lain akan diumumkan Pengerusi Perhubungan PN negeri masing-masing beberapa hari sebelum penamaan calon 5 November ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan calon pertama parti berkenaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada majlis Jelajah Prihatin Parlimen Masjid Tanah di Kampung Paya Lebar, di Masjid Tanah, Melaka, malam tadi.

Mas Ermieyati bakal mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Pengerusi PN yang juga President Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mas Ermieyati dipilih berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang, selain berintegriti dan memenuhi permintaan masyarakat setempat.

“Malam ini (malam tadi) saya melancarkan jentera pilihan raya PN Melaka dan saya tersebut pula calon Parlimen Masjid Tanah tetapi tidak mengapalah sebab saya kebetulan berada di sini,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan, Pengerusi Badan Perhubungan PN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop; Timbalan Pengerusi Perhubungan PN negeri, Zulkifli Ismail dan Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau.

Ujar Muhyiddin lagi, calon PN yang lain akan diumumkan Pengerusi Perhubungan PN negeri masing-masing beberapa hari sebelum penamaan calon 5 November ini.

Advertisements

Mengenai manifesto PN, beliau berkata, aspek utama diberi penekanan ialah membina semula ekonomi negara dengan mengutamakan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu Mas Ermieyati berterima kasih kepada Muhyiddin atas kepercayaan diberi.

“Insya-Allah saya dan jentera pilihan raya akan berusaha kuat untuk memastikan Parlimen Masjid Tanah kekal milik PN,” katanya.

Pada PRU-14, Mas Ernieyati menang di kerusi berkenaan dengan majoriti undi lebih 8,000 ketika mewakili UMNO/Barisan Nasional sebelum keluar UMNO pada hujung 2018.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Arab Saudi rombak dasar visa, tangani jemaah haji ‘haram’

KERAJAAN Arab Saudi telah mengumumkan rombakan besar dalam dasar visanya dengan menghadkan pengembara dari 14 negara kepada visa kemasukan...

Lagi Artikel Berkaitan