26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 6, 2025

Siasat dakwaan 13 juta maklumat pengguna Malaysia bocor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital akan meminta agensi di bawahnya menyiasat dakwaan wujud kebocoran hampir 13 juta maklumat pengguna dari beberapa badan di negara ini.

Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ini satu dakwaan kebocoran yang serius dengan melibatkan jumlah yang banyak.

“Sehubungan dengan itu, saya akan minta CyberSecurity Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan.

“Agensi berkenaan turut diarahkan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Advertisements

Dalam perkongsian di laman sosial, di bawah sub tajuk 13 juta pengguna bank bocor pada 25 Disember lalu dikatakan kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.

Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Antara maklumat yang bocor itu melibatkan nama pengguna, nama dan nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.

Menurut pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi, kebocoran maklumat itu merupakan satu masalah yang lebih besar daripada iklan scam di media sosial.

“Masalah data breach ini melibatkan keselamatan rakyat Malaysia. Sekiranya data breach ini benar-benar terjadi maka maklumat inilah yang bakal digunakan oleh orang jahat untuk nak scam rakyat Malaysia.

“Mohon bantuan pihak kementerian siasat maklumat ini. Adakah benar data pengguna Astro, SPR dan Maybank telah bocor? Hari itu data SPR dah dikatakan bocor, adakah bocor lagi sekali atau ini data lama yang bocor hari tu?” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM30,000 import kuda laut tanpa permit

MAHKAMAH Sesyen Sepang hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 terhadap seorang lelaki warga tempatan setelah mengaku bersalah atas...

Lagi Artikel Berkaitan