27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

11 Mei tarikh muhasabah, perbaiki landasan perjuangan – Zahid

Mesti Baca

TARIKH 11 Mei akan menjadi manifestasi keberadaan UMNO dan sebagai tarikh ulung untuk semua ahli-ahli parti bermuhasabah dan memperbaiki landasan perjuangan, demi agama, bangsa dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setelah hampir lapan dekad usianya, tentu sekali parti keramat itu telah melalui pelbagai fasa dalam memastikan kelangsungannya.

Beliau berkata, UMNO telah melalui pelbagai zaman dan kepimpinan serta mendepani segala rintangan dan ujian di persada politik negara ini selama 78 tahun lamanya.

“Wadah inilah yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia sejak daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini.

“Jasa dan perjuangan para pemimpin dan ahli UMNO terdahulu telah membawa kepada kehidupan yang lebih baik buat ahli atau rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-78 UMNO yang diraikan pada 11 Mei setiap tahun.

Advertisements

Justeru sempena 78 tahun tertubuhnya UMNO, beliau mengajak semua ahli parti untuk sama-sama berdoa agar semoga tahun-tahun mendatang kita akan menyambut lagi hari ulang tahun UMNO.

“Marilah kita berdoa agar UMNO kembali menjadi sebuah parti yang kuat untuk terus membawa harapan rakyat.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah, petunjuk dan panduan kepada kami semua dalam melayari ujian dalam perjuangan politik di dunia ini,” katanya.

Zahid berkata, dengan kesabaran, UMNO akan menuai kejayaan di penghujungnya dan mendapat ganjaran syurga Allah yang kekal abadi.

“Saya berharap kita semua sentiasa teguhkan tekad meneruskan legasi perjuangan parti yang kita pertahankan dulu, kini dan selamanya demi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan