26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

47 anak Orang Asli dapat keputusan cemerlang SPM 2023

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kegembiraannya apabila 47 anak Orang Asli berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Lebih membanggakan beliau apabila salah seorang daripada mereka, Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor memperoleh 11A.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Naufal Adam bin Mohd Nasir daripada SM Sains Sultan Iskandar Mersing kerana telah berjaya mendapat keputusan 11A. Hebat!

“Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua anak muda yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM 2023 ini.

Advertisements

“Saya doakan semoga kalian semua terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah,” kata beliau menerusi Facebook hari ini.

Selain Muhammad Naufal Adam yang mendapat 11A, 20 calon anak Orang Asli mendapat keputusan 5A, 6A (11 orang), 7A (lima), 8A (tujuh) dan 9A tiga orang.

Keputusan SPM 2023 yang diumumkan hari ini mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu A+, A dan A- turut meningkat iaitu seramai 11,713 orang berbanding 10,109 calon pada 2022.

Beliau berkata, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023 pula, turut menunjukkan peningkatan iaitu seramai 83,112 calon berbanding 75,322 calon pada tahun sebelumnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UEFA aktif pantau penderaan maya sepanjang EURO 2024

PERSATUAN Bola Sepak Kesatuan Eropah (UEFA) secara aktif memantau penderaan maya melalui 622 platform media sosial sepanjang kejohanan EURO...

Lagi Artikel Berkaitan