28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan, KPT mahupun Kabinet tidak pernah membincangkan atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana polemik yang dimainkan hari ini.

Beliau percaya isu tersebut sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu sebagai usaha menggnggu-gugat polisi dan objektif penubuhan UiTM.

“Merujuk kepada isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan bumiputera di UiTM, saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu ini tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT mahupun peringkat Kabinet.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak semalam.

Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di .

Raja Amin mendedahkan universiti itu bersetuju membuka program berkenaan secara sementara kepada tujuh graduan bukan bumiputera.

Isu itu dikatakan timbul apabila pelajar yang terlibat dalam Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS-Ed) ditolak permohonan mereka dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan sijil itu tidak diiktiraf. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan