26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM kekal

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DEWAN Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti tersebut yang diluluskan baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

“Selagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.

“Sekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka,” katanya seperti dilapor Bernama.

Advertisements
Empat daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.

“Harus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya,” katanya.

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan