26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 3, 2024

GiatMARA buka peluang calon tidak hadir SPM lanjut pelajaran

Mesti Baca

PARA pelajar yang tidak hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi peluang melanjutkan pelajaran menerusi program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di 232 cawangan GiatMARA di seluruh negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, TVET boleh membantu melatih kemahiran pelajar-pelajar berkenaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata, GiatMARA menawarkan pelbagai tahap sijil kemahiran di 232 pusat seluruh Malaysia.

“Syarat kemasukan hanya memerlukan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Minat dalam bidang yang dipilih,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan ketika mengumumkan pencapaian SPM 2023 berkata, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut.

Asyraf Wajdi berkata, antara kursus yang mendapat permintaan tinggi adalah kursus teknologi automotif, pendawaian elektrik, masakan serta pramusaji, fesyen teknologi dan lain-lain.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Dengan pensijilan GiatMARA, lepasan pelatih boleh meneruskan kerjaya sama ada terus bekerja, menjadi usahawan dan melanjutkan pelajar dalam bidang TVET sehingga ke peringkat tertinggi dan mendapat sijil professional.

Advertisements

“Sebagai contoh dalam bidang pendawaian elektrik, pelatih laluan terendah dengan hanya tamat tingkatan 5 meneruskan pengajian ke Sijil Kompeten PW2,” katanya.

Beliau berkata, para pelatih GiatMARA juga boleh menyambung pengajian ke Institut Kemahiran MARA (IKM) selama dua tahun di peringkat diploma dalam Sijil Chargeman B0 yang menawarkan gaji bermula RM7,000.

Malah mereka juga boleh menaik taraf pensijilan selama dua tahun ini ke peringkat Chargeman B4 yang menawarkan gaji bermula RM12,000-RM15,000,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, GiatMARA telah mengenal pasti bidang-bidang baharu yang diperlukan di pasaran.

Jelas beliau, antaranya termasuk bidang-bidang berteknologi tinggi seperti kecederasan buatan (AI), IOT, Robotik, Electrical Vehicle (EV) dan Renewable Energy Vehicle (REV).

Menurut Asyraf Wajdi, inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama rapat dengan pemain-pemain industri agar tenaga mahir yang dilatih di GiatMARA terjamin peluang pekerjaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPT cari kaedah terbaik selesaikan isu liputan internet di kampus

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu liputan internet (WiFi) di seluruh kampus universiti awam. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan