28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Imigresen serbu ‘kawasan panas’, tahan 17 pendatang asing

Mesti Baca

SEBANYAK 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu operasi di ‘kawasan panas‘ di Pusat Dagangan Pandan, Johor Bahru semalam.

Operasi Bersama (Hotspot) itu dijalankan secara bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pemangku Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Johor, Mohd Faizal Shamsuddin berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan video tular berhubung sejumlah warga asing dipercayai bekerja tanpa pas/permit serta tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

“Dalam operasi itu seramai 98 orang warga asing dan tempatan diperiksa dan 17 orang daripada mereka telah ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah 10 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Myanmar, dua lelaki warga Pakistan, seorang lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia masing-masing berumur antara 21 tahun hingga 41 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penguat kuasa Imigresen memeriksa warga asing di salah satu premis.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Advertisements

Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Mohd Faizal berkata, sebanyak enam notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan manakala lima sitaan barangan oleh MBJB.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama semua jabatan penguatkuasa lain di negeri itu akan terus menggembleng usaha penguatkuasaan mengikut punca kuasa masing-masing bagi memastikan isu kebanjiran PATI di negeri ini dapat ditangani.

Tambah beliau, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI serta majikan dan pemilik premis yang mash menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit yang sah.

“Jabatan ini turut menyeru kepada PATI yang layak untuk menyertai Program Repatriasi Migran yang akan tamat pada 31 Disember ini bagi bertujuan PATI pulang ke negara asal secara sukarela,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan