26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Julina Johan wanita kedua dilantik Ketua Pengarah Penerangan

Mesti Baca

JULINA Johan mencatat nama sebagai wanita kedua yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Jabatan Penerangan (Japen) sejak penubuhan jabatan itu pada 1945.

Japen dalam satu kenyataan berkata, Julina, 53, yang sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) sejak 2023 merupakan Ketua Pengarah ke-19 menerajui jabatan itu.

Pelantikan Julina yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa hari ini.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi
strategik, telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1996.

Advertisements

Dilahirkan di Johor, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Wilayah Persekutuan; Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain.

“Melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau diyakini akan dapat memperkasakan tatakelola serta meneruskan kecemerlangan Japen,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada Julai 2019, Roselindawati Abdul Rahman mencatat sejarah sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia wanita pertama yang dilantik ke jawatan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan