26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Kerani Pusat Khidmat Rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri

Mesti Baca

SEORANG kerani di sebuah Pusat Khidmat Rakyat didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan haram dengan anak tiri perempuannya sendiri, minggu lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang berusia 17 tahun, yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan untuk berkahwin mengikut undang-undang dan hukum agama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit flat di Ampang sekitar jam 10.30 pagi pada 20 Mei lalu dan sekitar jam 8.30 pagi pada 21 Mei lepas.

Justeru, pertuduhan dikemukakan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan, sekiranya sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhasimah Hashim, mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh selain syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan tinggal berasingan dengan mangsa.

“Tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa dan berdasarkan rekod, saya percaya mangsa dan tertuduh tinggal bersama-sama,” ujarnya seperti dilapor UtusanTV.

Advertisements

Bagaimanapun, peguam Wan Afifah Che Bakar yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan pada kadar RM5,000 mengikut kemampuan anak gaumnya itu yang perlu menanggung isteri yang tidak bekerja termasuk anak-anak.

“Saya difahamkan tertuduh juga menanggung tiga orang anak berusia antara tiga sehingga tujuh tahun.

“Mangsa di dalam kes ini juga difahamkan telah dihantar ke rumah ibu saudaranya di Subang atas saranan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tidak lagi tinggal bersama tertuduh,” kata peguam itu.

Hakim Norshila kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan untuk tidak tinggal bersama-sama mangsa tidak menganggu dan menghubungi mangsa dan saksi pendakwaan.

“Tertuduh juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan tempat tinggal sebanyak dua kali setiap bulan dan tertuduh perlu tinggal bersama-sama dengan penjamin,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 September depan bagi sebutan semula kes.

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan