26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

KPM perkukuh gerak kerja tingkat penguasaan murid – Fadhlina

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melakukan pengukuhan gerak kerja di semua peringkat bagi meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, inj termasuklah intervensi kurikulum yang akan diperluas, proses bimbingan dan pemulihan khas kepada murid-murid yang memerlukan, dan mekanisme mengelakkan keciciran murid.

“Pastinya kita tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian SPM 2023. Walaupun terdapat peningkatan pencapaian, namun itu masih belum cukup dan tidak memadai,” katanya hari ini.

Semalam, Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC), Dr Abd Razak Zakaria dalam Edisi 9 memberi pandangan agar KPM tidak hanya melihat kecemerlangan prestasi SPM 2023 semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, KPM perlu menumpukan beberapa isu yang masih membelenggu antaranya 10,000 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut serta lebih 24,000 calon yang gagal mendapat sijil SPM.

Advertisements

Selain itu, beberapa mata pelajaran juga merekodkan kemerosotan walaupun secara keseluruhan lebih 11,000 calon memperoleh pencapaian semua A dalam setiap mata pelajaran.

Fadhlina berkata, sememangnya dalam pemaparan data, secara statistik perbandingan dibuat antara data terkini dengan data tahun sebelumnya.

Beliau berkata, keseluruhannya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 66 daripada 95 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi.

Katanya, 25 mata pelajaran pula menunjukkan penurunan prestasi manakala empat mata pelajaran mengekalkan prestasinya berbanding peperiksaan SPM Tahun 2022.

“Angka-angka ini tidak bermakna jika hanya sekadar data dan statistik, namun hampa tindakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan