26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

‘Total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

Mesti Baca

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan ekstrem agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa tidak sukar untuk mengesan kumpulan-kumpulan terbabit kerana mereka aktif bergerak secara terang-terangan.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengawal dan mengambil tindakan proaktif terhadap kumpulan terbabit dan kejadian tersebut disebabkan mereka belajar agama Islam secara cetek.

“Mereka ini bergerak secara terbuka dengan menggunakan media sosial untuk mempengaruhi dan mencari ahli. Mereka ada Facebook, Tiktok dan Instagram sendiri.

“Masalahnya pihak penguat kuasa termasuk JAKIM tidak berbuat apa apa. Maka berlulanglah lagi tragedi 44 tahun lalu di Balai Polis Batu Pahat ke atas Balai Polis Ulu Tiram,” katanya.

Serangan di Balai Polis Batu Pahat pada 1980 oleh 15 lelaki berjubah putih dan menutup muka menyebabkan enam daripada 15 penyerang mati ditembak, 23 anggota dan orang awam cedera. – Sumber: Carian internet

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata demikian bagi mengulas kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram oleh seorang lelaki berparang awal pagi ini.

Advertisements

Dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, dua anggota polis gugur ditetak dan ditembak oleh suspek manakala seorang anggota lain cedera parah.

Suspek yang bertopeng dan memakai pakaian hitam itu kemudian turut mati ditembak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein mengesahkan penyerang adalah anggota kumpulan Jemaah Islamiyaj (JI) yang diharamkan di negara ini.

Mohd Puad berkata, beliau percaya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram itu hampir sama dengan kes serangan Balai Polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980 lalu yang ketua penyerangnya mengaku sebagai Imam Mahdi.

“Kita tidak serik. Sedangkan pada tahun 2000 kumpulan Al Maunah mampu menceroboh kem tentera dan mencuri senjata.

“Patut ada total cleansing kepada kumpulan ajaran sesat dan ekstrem agama ini. Bukan sukar mencari mereka. Mereka aktif secara terang-terangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UEFA aktif pantau penderaan maya sepanjang EURO 2024

PERSATUAN Bola Sepak Kesatuan Eropah (UEFA) secara aktif memantau penderaan maya melalui 622 platform media sosial sepanjang kejohanan EURO...

Lagi Artikel Berkaitan