26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 3, 2024

Pencapaian SPM 2023 meningkat, 11,713 calon dapat semua A

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu A+, A dan A- turut meningkat iaitu seramai 11,713 orang berbanding 10,109 calon pada 2022.

Beliau berkata, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023 pula, turut menunjukkan peningkatan iaitu seramai 83,112 calon berbanding 75,322 calon pada tahun sebelumnya.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022.

“Tahun ini peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5 peratus berbanding 342,742 calon atau 91.6 peratus pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023, berbanding 373,974 pada 2022.

Adnan berkata, pencapaian SPM 2023 antara bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun jurang pencapaian calon kekal pada 0.43 mata seperti SPM 2022.

Sementara itu, calon SPM 2023 boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi ini.

Malah, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan secara dalam talian di http://myresultspm.moe.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM

Sistem terbabit diaktifkan bermula jam 10 pagi ini sehingga jam 6 petang 2 Jun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPT cari kaedah terbaik selesaikan isu liputan internet di kampus

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu liputan internet (WiFi) di seluruh kampus universiti awam. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan