26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Al-Nawawi

Mesti Baca

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Al-Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik agama dan berpegang teguh kepada kefahaman ajaran Islam yang syumul.

Bagaimanapun, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu akan dibincang dalam Mesyuarat Majlis MARA yang akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pembudayaan Hadis 40 Imam Al-Nawawi itu dicadang akan dikembangkan di seluruh 344 IPM di samping 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara.

“Insya-Allah, KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyahut saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membudayakan hadis 40 ke semua peringkat sekolah bermula dengan KEMAS selari dengan Program Pra-Tahfiz KEMAS yang akan mula dilancarkan pada tahun ini bermula dengan 4,145 tabika seluruh negara.

“Saya juga akan bawa ke dalam Mesyuarat Majlis MARA yang akan berlangsung esok bagi membudayakan Hadis 40 ini ke seluruh 344 Institusi Pendidikan MARA termasuk juga fokus kepada 57 buah MRSM seluruh negara,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau sebelum itu mewakili Ahmad Zahid menghadiri Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam Al-Nawawi yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu hari ini.

Sempena majlis itu, KEMAS yang merupakan agensi di bawah KKDW menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama DBP bagi Melancarkan Buku Hadis 40 Imam Al-Nawawi yang akan mula dibudayakan di semua 10,840 tabika KEMAS seluruh negara.

Asyraf Wajdi berkata, buku poket kecil yang ringkas dalam bahasa yang amat mudah, senang difahami serta diletakkan nota pengajaran untuk kepribadian, akhlak sahsiah secara syumul itu amat sesuai bagi semua golongan masyarakat termasuk bermula dari anak-anak di tadika.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam.

KPM memaklumkan aktiviti itu diperluaskan di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan