26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 3, 2024

Sindiket proses ekstasi tumpas, dadah RM33.65 juta dirampas

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar serbuk dadah jenis ekstasi di sekitar Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas dadah jenis ekstasi seberat 213.4 kilogram yang dianggar bernilai RM33.65 juta.

Beliau berkata, jabatan itu juga berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur lingkungan awal 30-an.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan oleh 700,000 orang penagih dan pengguna dadah,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Datuk Zainudin Ahmad.

Advertisements

Kok Chin berkata, modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah dengan menyewa rumah kondominium untuk dijadikan tempat memproses dan membungkus dadah.

Katanya, dadah tersebut kemudian diedarkan ke pasar tempatan terutamanya di pusat-pusat hiburan di sekitar Lembah Klang serta Sabah dan Sarawak.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai mulai aktif sejak awal tahun 2024.

“Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan kedua-dua saspek telah direman selama (7) hari bagi membantu siasatan,” katanya.

JSJN memohon masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222

Advertisements

Terkini

KPT cari kaedah terbaik selesaikan isu liputan internet di kampus

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu liputan internet (WiFi) di seluruh kampus universiti awam. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan