26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

Mesti Baca

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang peristiwa hitam dalam sejarah bola sepak negara.

Pelukis mural tersebut, Yaul Acap berkata, dengan adanya mural tersebut diharapkan para pemilain dan peminat bola sepak khususnya Selangor FC tidak melupakan apa yang terjadi terhadap pemain berasal dari Pulau Pinang itu.

“Dengan adanya mural ini saya berharap selagi pemain dan peminat bolasepak melewati stadium ini, mohon tragedi itu tidak akan dilupakan dan dilenyapkan begitu saja.

“Selalunya benda-benda yang hype ni sekejap je orang lupa. Sebab tu abang setuju lukis pada dinding ni. Tiap kali perlawanan di Stadium MBPJ Kelana Jaya orang kena lalu tempat ni dan orang semua kena ingat balik isu ni,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Yaul Acap atau Dhiyaul Mohamad Ashraf yang telah banyak menghasilkan mural pada dinding dan tembok di merata tempat berkata, mural yang dihasilkan itu banyak fungsi, bukan hanya sekadar mencantikkan dinding.

Yaul Acap (kiri) bersama seorang kenalan dari Rusia ketika sedang menyiapkan mural Faisal Halim di Stadium MBPJ.

Untuk rekod, Stadium MBPJ Kelana Jaya kini menjadi “home ground” bagi Selangor FC setelah Stadium Shah Alam yang sebelum ini menjadi gelanggang keramat pasukan itu dalam proses perobohan bagi pembinaan semula.

Advertisements

Pada 5 Mei lalu, Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan disimbah dengan asid oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sebuah pusat membeli belah di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan melecur di beberapa anggota badan khususnya lengan dan badan.

Sehingga kini penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 di Qatar itu masih menerima rawatan di hospital dan terpaksa melupakan bola sepak manakala pelakunya masih bebas.

Kelmarin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak Selangor FC itu.

Berdasarkan lakaran tersebut, individu berkenaan dianggarkan berusia 30-an, ketinggian 165 sentimeter, sosok badan sederhana dan berkulit sawo matang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan