25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

600,000 remaja bakal diberi pendidikan kesihatan reproduktif

Mesti Baca

KIRA-KIRA 600,000 pelajar dari 1,080 sekolah terpilih di seluruh negara akan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek pendidikan kesihatan reproduktif (SRH) menerusi program Kasih Remaja: Advokasi SRH.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program tersebut juga mensasarkan 2,232 pembimbing rakan sebaya Kelab KafeTEEN dan 64,800 peserta Program Advokasi SRH yang akan dilaksanakan lebih meluas.

Beliau berkata, program tersebut akan memberi tumpuan kepada empat komponen pelaksanaan yang merangkumi Program Advokasi SRH, kit pembelajarana kendiri Advokasi SRH, kaunseling SRH Remaja dan Klinik KafeTEEN dan pemberian kit pengurusan kebersihan diri.

“Program secara kolaborasi strategik ini melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Pertubuhan Malaysian Against Pornography (MAP) serta syarikat swasta, Kimberly-Clark,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Program Kasih Remaja: Advokasi SRH yang disempurkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli dan Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah.

Program tersebut merupakan inisiatif baharu KPWKM bersama rakan-rakan strategik dalam kalangan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi memperkasa pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja secara holistik di negara ini.

Nancy berkata, strategi pelaksanaan program Kasih Remaja secara 3Ps (public private partnership) itu selari dengan objektif Dasar dan Pelan Tindakan Pekerti 2022-2025 iaitu meningkatkan kesedaran individu, keluarga dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan