26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Agong, Permaisuri dipersembah Darjah Kebesaran Persekutuan

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) manakala Raja Permaisuri Agong pula berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).

“Darjah Kebesaran D.K.M. dipersembahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

“Manakala Darjah Kebesaran D.M.N. dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang-orang yang paling dihormati,” lapor Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan daripada Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini. – Foto Istana Negara

Hadir sama Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan