32.8 C
Kuala Lumpur
Monday, July 1, 2024

Bas bawa rombongan guru masuk gaung di Muadzam, tiga maut

Mesti Baca

SEBUAH bas yang membawa rombongan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka dilapor terbabas dan terjunam ke dalam gaung selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler awal pagi ini.

Dalam kejadian di Kilometer 126 Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga ke Bahau itu, tiga orang disahkan meninggal dunia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi hantaran Facebooknya berkata, bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu membawa 39 penumpang.

“Setakat maklumat yang diterima, dua orang termasuk seorang guru maut manakala 37 cedera dan kini mendapatkan rawatan di hospital.

“Beberapa orang guru yang terlibat dalam nahas ini juga dilaporkan menerima rawatan rapi akibat kecederaan parah,” katanya.

Advertisements

“Didoakan juga agar kesemua guru yang cedera akan segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa untuk menjalankan amanah sebagai pendidik bangsa.

“Khabar ini pastinya menjadi suatu kisah duka seluruh rakyat Malaysia. Di peringkat KPM, kita akan usahakan sebaik mungkin membantu menyokong mereka yang terlibat dalam nahas ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun, juga seorang guru.

Sebelum ini, seorang guru wanita Hasnatul Adila Hasan, 48, maut di tempat kejadian manakala pemandu kedua bas persiaran tersebut, Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia dalam perjalanan ke HTAA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Juara bertahan sah kembali sertai Pesta Bola Merdeka

TAJIKISTAN mengesahkan diri untuk kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tahun ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Pesta Bola...

Lagi Artikel Berkaitan