27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

BN akan guna lambang sendiri dalam PRU-16 – Zahid

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding menggunakan lambang parti itu sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut bukan bererti BN lari daripada kesepakatan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) pada ketika ini.

“Insya-Allah, pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita akan gunakan lambang BN. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan kerajaan Perpaduan.

“Maksudnya, PH boleh tanding guna lambang PH dan kita tanding dengan lambang kita tetapi daripada segi kerjasama kita jalinkan,” kata Timbalan Perdana Menteri selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Maran, Pahang hari ini.

Bagaimanapun, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi PH, manakala PH pula tidak bertanding di kawasan BN.

Advertisements
Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Maran hari ini.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan, Zahid mengesahkan telah menyenarak pendek beberapa calon yang dijangka boleh menang dan diterima rakyat.

Beliau berkata, perbincangan lanjut akan diadakan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum senarai calon yang disenarai pendek tersebut dimuktamadkan.

Sebelum ini UMNO Bahagian Gua Musang dilapor telah mengemukakan tiga nama untuk dicalonkan dalam PRK tersebur.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Kelantan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gua Musang, Amran Arifin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gua Musang, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPT cari kaedah terbaik selesaikan isu liputan internet di kampus

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu liputan internet (WiFi) di seluruh kampus universiti awam. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan