26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Bukan retak, hanya kesan penyambungan konkrit – KKR

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada sebarang keretakan berlaku pada palang jejambat Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE).

Sebaliknya, kementerian itu menerusi platform X berkata, ia hanya kesan penyambungan yang dibuat semasa pemasangan konkrit jejambat tersebut yang membentuk garisan hitam.

Malahan kementerian itu berkata, pihak perunding telah mengesahkan struktur lebuh raya bertingkat itu tidak terjejas dan selamat digunakan.

“Hasil pemeriksaan segera di tapak jam 11.30 malam tadi oleh LLM, SPE dan consultan EDP telah mengesahkan tiada keretakan pada crosshead (palang), ia hanya kesan garisan hitam iaitu construction joint semasa kerja concreting dahulu.

Consultan juga mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat. Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan akan dikemukakan kepada LLM,” kata KKR menerusi ciapan di X hari ini.

Palang jejambat SPE yang didakwa retak. – Sumber: UpdateInfo

Malam tadi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) diarah menjalankan siasatan serta-merta berhubung dakwaan berlaku keretakan pada jejambat lebuh raya bertingkat SPE berhampiran Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau amat memandang serius perkara tersebut dan turut mengarahkan konsesi lebuh raya tersebut untuk membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

Advertisements

“Saya amat memandang serius perkara ini. Saya telah mengarahkan LLM dan syarikat konsesi Lebuh Raya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

“Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititikberatkan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai penularan gambar yang menunjukkan keretakan pada salah satu jejambat yang menghubungkan lebuh raya bertingkat tersebut sepertimana dikongsi oleh twitter UpdateInfo.

Menerusi ciapan itu, akaun tersebut membuat perbandingan dua keping gambar jejambat yang sama iaitu rakaman oleh Google Map yang dibuat pada April lalu dan gambar yang dirakam seorang pengguna jalan raya pada bulan ini.

“Eh flyover (jejambat) ni makin besar crack (retak) ke? Member tadi tengok. Dekat Jalan Cheras,” katanya.

Lebuh Raya SPE yang dibuka kepada pengguna pada November tahun lalu yang menghubungkan beberapa laluan utama di ibu negara termasuk antara Setiawangsa ke Kerinchi.

SPE yang turut menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dapat meningkatkan kecekapan rangkaian serta mengurangkan kesesakan di ibu kota. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan