26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Empat kementerian bincang pelan tindakan rangkaian 5G kedua

Mesti Baca

EMPAT kementerian telah mengadakan perbincangan secara menyeluruh berhubung rangka strategi serta pelan tindakan bagi pelaksanaan rangkaian 5G kedua oleh kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementerian terbabit ialah Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G (Dual Network) serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat,” katanya menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz yang mewakili Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Indstri.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, rangkaian 5G bukan hanya untuk kegunaan peribadi tetapi juga penting untuk industri.

Advertisements

Justeru katanya, mesyuarat melibatkan empat kementerian itu bagi membincangkan penyediaan infrastruktur 5G yang kukuh untuk industri.

“Infrastruktur 5G amat penting bagi Malaysia untuk membina ekonomi berasaskan digital yang berpotensi menghasilkan kesan berganda, seperti meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta menjana pekerjaan mahir dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Gobind Singh pula berkata, Malaysia berada pada kedudukan yang amat baik dalam merealisasikan agenda digital negara.

Beliau berkata, banyak syarikat terkemuka dan berkredibeliti dalam dan luar negara berminat dan ingin menyumbang kepada visi serta misi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab operasi perniagaan dan perkhidmatan mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan