26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Harga diesel masih kekal untuk tempoh seminggu lagi

Mesti Baca

HARGA runcit diesel masih kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh seminggu lagi, di sebalik kebimbangan orang ramai berhubung kenaikan bahan bakar itu berikutan keputusan kerajaan untuk menyelaraskan semula subsidi diesel.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga bagi petrol RM97 dan RON95.

Kementerian itu berkat, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

MOF berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara Kementerian Kewangan.

Dalam Perutusan Negara yang disampaikan pada 21 Mei lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun penyasaran itu kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini kerajaan belum membuat ketetapan berhubung tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas diesel tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UEFA aktif pantau penderaan maya sepanjang EURO 2024

PERSATUAN Bola Sepak Kesatuan Eropah (UEFA) secara aktif memantau penderaan maya melalui 622 platform media sosial sepanjang kejohanan EURO...

Lagi Artikel Berkaitan