25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

Isu Blackrock: Akmal beri analogi ‘jual karipap’

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh “sekolahkan” Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan berhubung perjualan saham Malaysia Airlines Holding Berhad (MAHB) kepada Blackrock.

Menurut Dr Akmal, terdapat perbezaan antara pegangan saham yang terbuka dengan penjualan saham secara terus sepertimana dilakukan dalam penjualan saham MAHB.

Dengan mengambil analogi penjualan karipap, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata:

“Pegangan saham secara terbuka, sesiapa sahaja boleh beli berbanding isu saham MAHB ini dijual secara terus kepada Blackrock.

“Kalau tak faham juga saya bagi analogi macam inilah, saya jual karipap di pasar malam dan sesiapa sahaja boleh beli, berbanding saya buat karipap dan datang rumah kamu dan minta kamu beli karipap yang saya buat.

“Kalau tak faham juga, tak taulah,” katanya dalam nada sinis menerusi Facebooknya hari ini.

Sebelum itu Akmal berkata, beliau tidak tahu untuk beriaksi sama ada mahu gelak atau sedih dengan kenyataan Dr Sathia yang memintanya bersikap jujur ketika memberi pandangan mengenai dasar kerajaan semasa.

Advertisements

Beliau mendakwa Akmal mengkritik pelaburan Blackrock di negara ini pada masa kini tetapi tidak berbuat demikian ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Akmal antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik usaha kerajaan menjual saham MAHB kepada Global Infrastructur Partners (GIP).

GIP pula kini dalam proses untuk diambil alih oleh Blackrock, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai pertalian rapat dengan Israel.

Blackrock juga dikatakan melabur dalam syarikat yang membekalkan senjata kepada rejim zionis tersebut.

Dalam pada itu, Akmal sempat juga membidas Dr Sathia dan bertanyakan sama ada beliau antara individu yang turun berdemonstrasi menentang kenaikan harga minyak ketika zaman kerajaan BN dahulu.

“Nak tanya juga, dulu kamu turun berguling tak masa petrol naik 20 sen? Sekarang tak buat ke?,” katanya yang merujuk isu penyasaran subsidi diesel yang menyaksikan harga bahan bakar itu naik daripada RM2.15 kepada RM3.35. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan