26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

Kerajaan negeri lancar tabung solidariti bantu Selangor FC

Mesti Baca

KERAJAAN negeri melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bagi membolehkan orang ramai menzahirkan sokongan terhadap kelab bola sepak itu dikenakan hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, inisiatif itu membolehkan rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian menghulurkan sumbangan serendah RM1.

Beliau berkata, hasil sumbangan akan diserahkan kepada pihak SFC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang telah dijatuhkan oleh Malaysian Football Leagues (MFL).

“Bola sepak, yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian yang melampau hingga menjurus kepada perpecahan di kalangan masyarakat.

“Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor yang mencerminkan ketegasan dan kepekaan Baginda terhadap pelbagai isu dan ketidakadilan yang sedang dihadapi oleh SFC,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam, Sultan Sharifuddin Idris Shah menzahirkan rasa murka terhadap MFL kerana mengenakan hukuman yang tidak masuk akal dan amat berlebihan terhadap SFC kerana tidak hadir semasa aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada 10 Mei lalu.

Advertisements

Antara hukuman yang dikenakan ialah denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung tuan rumah dan MFL serta pemotongan tiga mata.

Selain itu SFC juga berdepan hukuman menjalankan perlawanan Liga Super menentang JDT di Stadium MBPJ tanpa penonton.

SFC memohon menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pembukaan Liga Malaysia berikutan insiden pemainnya, Faisal Halim disimbah asid hanya beberapa hari sebelum liga bermula.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak dan SFC tidak hadir pada hari perlawanan menyebabkan JDT diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0.

Najwan berharap inisiatif tersebut dapat menggerakkan penyertaan semua pihak yang berkongsi citra dan aspirasi untuk mengembalikan semula sukan bola sepak sebagai sukan yang memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan