27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 5, 2025

Malaysia disenaraikan negara paling disayangi di Asia

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat sebuah portal antarabangsa yang berpangkalan di New York

Mesti Baca

MALAYSIA disenaraikan sebagai negara paling disayangi dalam kalangan 20 negara Asia oleh satu portal penyelidikan antarabangsa, Insider Monkey.

Penyenaraian itu berdasarkan lima artikel yang diterbitkan oleh laman web tersebut sepanjang tahun lalu.

Lima artikel tersebut ialah 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 Negara Paling Banyak Dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia serta Negara Paling Demokratik di Asia.

Setiap artikel tersebut kemudian diberikan lima pemberat metrik iaitu 75 peratus diberikan kepada tiga artikel berkaitan negara paling dihormati, paling mesra dan paling banyak dikunjungi.

“Manakala 25 peratus diberikan kepada kepelbagaian negara dan kelayakan demokrasi,” kata Insider Monkey, baru-baru ini.

Insider Monkey berkata, Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana berada pada kedudukan tertinggi berdasarkan semua metrik yang dinilai dalam penyelidikannya.

Advertisements

Katanya, Malaysia merupakan negara keenam paling demokratik di benua itu dan negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia termasuk kehadiran lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022.

“Orang ramai datang negara Asia Tenggara itu bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar raya yang mewah.

“Tetapi mereka juga meneroka budaya dan tradisi tempatan yang pelbagai dan diperkayakan pula oleh penduduk tempatannya yang peramah dan mesra,” kata portal yang berpangkalan di New York itu.

Malaysia juga disenaraikan negara kelapan paling dihormati, kedua paling mesra dan ke-14 berdasarkan kepelbagaian dengan skor keseluruhan 0.701 mengatasi Taiwan di tempat kedua dan Singapura ketiga.

Berikut senarai 20 negara paling disayangi di Asia:

  1. Malaysia
  2. Taiwan
  3. Singapura
  4. Jepun
  5. Emiriyah Arab Bersatu
  6. Korea Selatan
  7. Filipina
  8. Israel
  9. Turkiye
  10. Arab Saudi
  11. Thailand
  12. Indonesia
  13. Vietnam
  14. Nepal
  15. Jordan
  16. Bahrain
  17. Sri Lanka
  18. Hong Kong
  19. India
  20. Oman
  • Edisi 9

Advertisements

Terkini

Thaipusam: Tiada tol ‘free’ tapi tambang tren KTM, feri percuma

SEPERTIMANA diumumkan terdahulu bahawa kerajaan tidak lagi memberikan tol percuma kepada para pengguna lebuh raya semasa musim perayaan bermula...

Lagi Artikel Berkaitan