26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

MARA jalin hubungan strategik dengan pemain industri di China

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat, industri dan pendidikan utama di China sempena lawatan 10 hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu baru-baru ini.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengikuti delegasi tersebut yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China berkata, hubungan kerjasama itu mencakupi pelbagai bidang.

Beliau berkata, melalui agensi-agensi di bawahnya seperti MARA Corp, Universiti Kuala Lumpur (Unikl) dan MARA Liner, telah menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat gergasi dan universiti di China.

“Ini bertujuan pemindahan teknologi, pendidikan, perniagaan dan paling utama kemahiran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk menghantar pelajar-pelajar ke sini,” katanya hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, antaranya MARA-Unikl yang menjalinkan kerjasama strategik bersama Huawei bagi menubuhkan Huawei Academy di universiti itu.

Ahmad Zahid Hamidi dan Asyraf Wajdi Dusuki menyaksikan majlis perjanjian kerjasama antara MARA dan CRRC Corp di China. – Foto: AZH

Kerjasama itu, katanya, bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan pemindahan teknologi mengenai pengurusan bencana di bandar dan luar bandar serta pengurusan bandar raya pintar yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar Unikl.

Advertisements

Selain itu, Ali Baba Cloud Sdn. Bhd yang merupakan syarikat gergasi dunia bersetuju untuk menubuhkan Ali Baba Cloud Academy di Unikl BMI, Gombak yang memfokuskan teknologi pengkomputeran awan, kecerdasan buata (AI), internet pelbagai bentuk (IOT) dan teknologi revolusi industri 4.0 (IR4.0).

“MARA Corp dan MARA Liner juga telah bekerjasama dengan syarikat gergasi China dalam bidang kenderaan elektrik (EV) iaitu CRRC Corporation dalam pembuatan dan pembekalan bas EV bagi pemindahan teknologi di Malaysia bagi mengubah lebih 6,000 buah bas di Malaysia kepada EV,” katanya.

Penubuhan Malaysia China Institute (MCI) di bawah MARA pula, jelas beliau, akan membuka ruang bagi Malaysia menghantar seramai 5,000 pelajar ke China bermula dengan tenaga pelajar institusi pendidikan MARA (ITMA).

Katanya, ini bagi mempelajari Teknologi TVET Tinggi, serta akan menghantar pelajar ke lebih 220 institusi kemahiran di China dan membuka ruang serta peluang pelajar bekerja dengan industri-industri di negara itu.

“Kerjasama antara kerajaan Malaysia-China ini memberi makna yang cukup besar kerana dapat memanfaatkan lebih ramai rakyat kita terutamanya dalam bidang TVET selari dengan negara China merupakan antara kuasa terbesar ekonomi dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan