27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

PayNet, Yayasan Khazanah lanjut program biasiswa wakalah

Mesti Baca

YAYASAN Khazanah dan Payments Network Malaysia (PayNet) meneruskan program pemberian biasiswa kepada para pelajar cemerlang yang beragama Islam dan dalam kategori B40.

Pemberian biasiswa menerusi Program Biasiswa Wakalah PayNet-Yayasan Khazanah kini memasuki tahun kedua yang akan membiayai sepanjang pengajian di peringkat sarjana muda kepada mereka yang layak dalam bidang-bidang tertentu.

Pengarah Kanan, Bahagian Digitalisasi Kerajaan PayNet, Firdaus Ghani berkata, antara bidang yang diberi tumpuan ialah teknologi maklumat, sains komputer, kewangan dan kursus-kursus berkaitan di universiti tempatan terpilih.

“Fokus terhadap kursus-kursus ini bertujuan membangunkan tenaga kerja yang berkebolehan dalam sektor teknologi dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Dana yang digunakan bagi inisiatif ini disalurkan daripada peruntukan Wakalah PayNet melalui caruman zakat korporat dan dengan cara ini, PayNet dapat menggalakkan pembangunan sosial melalui pendidikan untuk komuniti asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Yayasan Khazanah bagi melanjutkan program biasiswa tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Yayasan Khazanah, Siti Kamariah Ahmad Subki.

Firdaus berkata, melalui kerjasama tersebut PayNet memberi komitmen untuk memastikan pelajar yang berkelayakkan mempunyai peluang sama dari segi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial untuk meningkatkan kehidupan masa depan mereka dan juga menyumbang kepada negara.

Advertisements

“Kami berharap suatu hari nanti, para sarjana yang berjaya ini juga mendapat peluang membangun industri pembayaran digital bersama-sama dengan PayNet atau bersama rakan perniagaan kami dalam ekosistem kewangan,” katanya.

Sementara itu Siti Kamariah berkata, Yayasan Khazanah ditubuhkan pada 2006 oleh Khazanah Nasional Berhad dan merupakan rakan strategik Yayasan Hasanah.

Beliau berkata, ia bertujuan memilih, menyokong, membentuk dan menaik taraf individu-individu cemerlang yang mampu memimpin organisasi terbaik di negara ini dan di seluruh dunia.

“Pada masa kini, negara sedang memberi tumpuan dan mengemudi industri digital seperti sektor kewangan.

“Oleh itu, kerjasama ini tepat pada masanya dan menyokong komitmen kami dalam memupuk bakat-bakat masa depan yang bersedia untuk memajukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sejak 2006, Yayasan Khazanah telah memberi biasiswa kepada 1,495 individu cemerlang bagi menyokong pendidikan mereka dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, bagi para pelajar yang berminat untuk mendapatkan biasiswa tersebut boleh membuat permohonan menerusi www.yayasankhazanah.com.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan