25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

PLKN 3.0 dilaksanakan pertengahan tahun depan – Khaled

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan semula mulai pertengahan tahun depan, setelah dimansuhkan pada 2018 lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dikenali sebagai PLKN 3.0, program tersebut menerapkan konsep baharu.

Beliau berkata, program kali kni akan merangkumi dua komponen utama iaitu Asas Ketenteraan sebanyak 70 peratus oleh Kementerian Pertahanan manakala 30 peratus lagi Asas Kenegaraan di bawah Akademi Kenegaraan Malaysia.

“la akan melibatkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau berusia 17 tahun di Kem-Kem Askar Wataniah dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang memenuhi kriteria keperluan PLKN,” katanya menerusi platform X hari ini.

Sebelum itu beliau mendengar taklimat PLKN 3.0 yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Mohamed Khaled berkata, PLKN 3.0 merupakan salah satu strategi menanam semangat patriotisme dan usaha berterusan membentuk rizab modal insan yang bersedia digerakkan untuk apa-apa maksud pertahanan negara sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan akan memuktamadkan beberapa perkara berhubung pelaksanaan PLKN 3.0 ini dan Program Perintis PLKN 3.0 dijadualkan bermula pada pertengahan tahun hadapan.

PLKN diperkenalkan pada 16 Februari 2004 oleh pentadbiran terdahulu bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia sebelum ditangguhkan pada 2015.

PLKN 2.0 kemudian diperkenalkan pada 2016 sehinggalah ia dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2020 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Pertahanan telah mengemukakan cadangan untuk menghidupkan semula PLKN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan