33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 3, 2024

Seorang lagi penumpang bas rombongan guru meninggal dunia

Mesti Baca

SEORANG lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, Dahlia Ahmad, 52, meninggal dunia pada pukul 9.15 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Sebelum ini, Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Hasnatul Adilah Hassan, 48, dilaporkan maut di tempat kejadian.

Manakala dua lagi, pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Muadzam Shah, dan Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah, maut ketika menerima rawatan di HTAA.

Dalam kejadian tengah malam itu, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah.

Advertisements

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik dan jatuh di cerun jalan.

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka, menuju ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.

Sementara itu, jenazah salah seorang mangsa, Hamzah Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Londang, Masjid Tanah pagi semalam.

Jenayah yang dibawa dari HTAA Kuantan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Ehsan, Kampung Londang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Troopers, KWSP jalin persefahaman mudahkan pekerja gig mencarum

 TROOPERS Innovation Sdn Bhd, platform padanan pekerjaan fleksibel utama Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dengan Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan