28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 29, 2024

Tiada hasrat ubah dasar UiTM, kekal untuk bumiputera – Zambry

Mesti Baca

KERAJAAN tidak berhasrat untuk mengubah dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana ia kini dikhaskan untuk pelajar bumiputera seperti mana ditetapkan sebelum ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, dasar tersebut akan terus dipertahankan demi memenuhi aspriasi kerajaan khususnya dalam merapatkan jurang ekonomi di antara kaum.

Jelasnya, berdasarkan laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, masih wujud jurang ekonomi dalam kalangan Bumiputera daripada segi pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan dan pengeluaran tenaga kerja mahir.

“Oleh yang demikian pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, Orang Asli dan anak-anak negeri Sabah, Sarawak ini masih diperlukan.

“Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang di antara kaum terutama apabila melibatkan aspek sosial ekonomi,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.

Zambry menambah, kadar miskin mutlak dalam kalangan bumiputera ketika ini masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.

“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sebagai keperluan meningkatkan kualiti hidup dan mengubah nasib mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata, penjelasan mengenai asas penubuhan UiTM perlu difahami dengan betul dan diperjelaskan dengan fakta.

Ini katanya, bagi mengelak tidak timbul kekeliruan terutamanya kepada mana-mana kumpulan yang cuba mengambil kesempatan untuk dipolitikkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan