33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 3, 2024

Juara bertahan sah kembali sertai Pesta Bola Merdeka

Mesti Baca

TAJIKISTAN mengesahkan diri untuk kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tahun ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Pesta Bola Merdeka ke-43.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, selain juara bertahan itu, turut mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini ialah Lubnan (117) dan Filipina (147) selain skuad Harimau Malaya (135) kendalian Kim Pan-gon selaku tuan rumah.

Beliau berkata, apa yang lebih penting Pesta Bola Merdeka kali ini akan berlangsung ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu di antara 2 hingga 10 September.

Pada Edisi Ke-42 tahun lalu, Tajikistan yang hadir sebagai pasukan pengganti kepada Lubnan dan kini berada di ranking 102 dunia, menundukkan tuan rumah, Malaysia 2-0 pada perlawanan akhir.

Sebelum itu mereka mendapat “bye” bertemu Palestin, yang tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur akibat pergolakan yang berlaku di negaranya angkara serangan pengganas zionis Israel.

“Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.

Advertisements

“Ini merupakan kali pertama Pesta Bola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun, iaitu kali terakhir diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008, sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lubnan pada edisi lalu turut diundang tetapi menarik diri pada saat, namun pada edisi kali ini bersedia untuk turun beraksi di SNBJ.

Sementara itu Azman berkata, pihaknya berharap para penyokong Harimau Malaya dapat sama-sama memeriahkan lagi kejohanan dengan hadir dan memenuhi SNBJ.

Ini kerana Pesta Bola Merdeka 2024 berlangsung ketika Bulan Kebangsaan iaitu selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Dalam pada itu, Azman berkata, tarikh majlis undian akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertembung pada Separuh Akhir, selain tarikh bagi Hari Perlawanan 1 untuk Separuh Akhir dan Hari Perlawanan 2 bagi Final dan Penentuan Tempat Ketiga turut akan ditetapkan nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Troopers, KWSP jalin persefahaman mudahkan pekerja gig mencarum

 TROOPERS Innovation Sdn Bhd, platform padanan pekerjaan fleksibel utama Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dengan Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan