28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

Usah terheret budaya politik kebencian, abaikan suara mencela

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan warga Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak terheret dengan budaya politik kebencian yang terus menebal.

Sebaliknya beliau yang juga Menteri Kewangan berharap warga kementerian itu terus melaksanakan amanah dan tugas tanpa menghiraukan suara-suara sumbang yang mencela.

Anwar berkata, beliau mempertaruhkan cita-cita yang tinggi untuk Malaysia dengan keyakinan sangat besar bahawa martabat dan tahap kekayaan negara dapat ditingkatkan lebih tinggi.

“Kita perlu senantiasa mempersoal, selain berfikir, pada nurani apakah upaya yang kita lakukan ini adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, baik yang kaya mahupun yang miskin dan melarat.

“Abaikan suara-suara sumbang yang mencela niat dan upaya murni ini dan usah terheret dengan budaya politik kebencian di negara ini yang terus menebal. Fakta sama sekali tidak dipedulikan. Yang dilontarkan hanyalah kebencian,” katanya hari ini.

Sebelum itu beliau menghadiri perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, usaha Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat memerlukan pelaksanaan kebijakan-kebijakan yang adil.

Sebagai contoh, katanya, apakah kita mampu membiarkan sebahagian besar hasil mahsul negara terbazir untuk kegiatan dan budaya rasuah dan subsidi yang tidak tepat sampai kepada kumpulan sasaran.

“Rasuah yang terus berlanjut akan menghalangi sebahagian besar rakyat dari bantuan dan infrastruktur penting.

“Kita semua sedar bahawa sistem perkhidmatan awam dan prasarana dibiar usang dan tidak mencukupi.

“Justeru, timbul persoalan apakah dasar-dasar yang lalu, atau yang sedia ada, memaknai keadilan buat semua insan?,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan perlu menyedia dan memberikan ruang kepada semua agar mereka yang terpinggir ini dapat dibela.

“Ini makna mobiliti sosial. Untuk melonjak darjat negara, kita mesti memaknai keadilan dengan dasar-dasar yang adil, progresif dan terangkum demi rakyat terbanyak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wartawan wanita jadi mangsa gangguan seksual petugas PRK

KELAB Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) mengecam kejadian seorang wartawan wanita sebuah stesen televisyen tempatan yang dilaporkan menjadi mangsa...

Lagi Artikel Berkaitan