26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

PUO, Samsung tubuh pusat pendidikan, kelas hibrid pertama

Mesti Baca

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kelas hibrid Samsung bagi keperluan pelajar politeknik premier tersebut.

Menerusi kerjasama itu Samsung Malaysia menyediakan beberapa peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pelajar Asasi TVET menerusi kedua-dua kemudahan tersebut.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata, dengan adanya kemudahan tersebut para pelajar PUO kini dapat menjalani kuliah menggunakan teknologi terkini secara interaktif.

“Samsung telah menjadi rakan kolaborasi strategik PUO sejak tahun 2023,” katanya dalam kenyataan sempena perasmikan Samsung Edu Centre dan Samsung Hybrid Classroom di kampus PUO di Ipoh, semalam.

Advertisements

Hadir sama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pelanggan, Teng Kah Wee, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics, Datuk Roh Jae Yeol dan Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Mohd Noor Shahudin.

Samsung Edu Centre di Politeknik Ungku Omar.

Dalam majlis yang sama, PUO turut meraikan 91 pelajar Asasi TVET kohort pertama yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Megat Sany berharap momentum kecemerlangan pelajar terbabit dapat diteruskan bagi pengajian di universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN) yang ada di seluruh negara.

Beliau berkata, sinergi di antara politeknik dan MTUN akan dapat memperkukuh ekosistem
TVET khususnya dari segi laluan pengajian yang spesifik serta penawaran program
TVET kepada pelajar yang cenderung dalam bidang teknikal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan