26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 4, 2024

PM umum pemberian baucar buku RM100 untuk pelajar

Mesti Baca

SEMUA pelajar mulai tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima baucar buku bernilai RM100 setiap orang.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Menurut Perdana Menteri, baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

Advertisements

“Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

“Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya.

“Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan - APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan