25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

Plat FFF1 bernilai RM1.75 juta jadi milik Agong

Mesti Baca

NOMBOR plat kenderaan keluaran khas FFF1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

Plat tersebut dipersembahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda berharap nilai bidaan yang disalur kepada kerajaan Persekutuan dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Sementara itu, Anthony berkata, pihaknya menghargai sumbangan yang disalurkan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat.

Advertisements

Beliau berkata, dana tersebut ajan disalur untuk beberapa inisiatif antaranya bantuan tambang penerbangan untuk siswa (Flysiswa) antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

“Dana tersebut akan disalurkan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak, program Mylesen untuk golongan B40 serta penukaran topi kaledar baharu untuk penunggang motosikal,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda turut berjaya membida nombor plat kenderaan FF1 dengan nilai RM1.2 juta.

Nombor pendaftaran berkenaan adalah turutan nombor baharu bagi Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan