25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 30, 2024

Pengajian Seni Liberal UiTM adakan program ‘Jalan ke Jannah’

Mesti Baca

PROGRAM Pengurusan Industri Kreatif, Pengajian Seni Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan program Jalan ke Jannah pada 27 Jun ini.

Bertempat di Ruang Eksperimental FiTA (REF) dan Dewan Seminar FiTA 1, UiTM Puncak Perdana, pelbagai acara diatur sepanjang program dari 10 pagi hingga 11 malam itu.

Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr. Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin berkata, program tersebut merupakan sumbangan dalam usaha mengajak masyarakat di luar sana menghayati pengisian berkenaan aktiviti yang berbentuk spiritual.

Beliau berkata, Jalan ke Jannah merupakan medium perkongsian bersama selebriti tempatan yang telah berhijrah, dan penceramah selebriti untuk memahami Islam dalam perubahan zaman teknologi yang serba canggih.

“Perkongsian ini adalah melalui Wacana: Tau Buat, Tau Taubat! bersama Nana Mahazan dan penceramah selebriti, Ustaz Adnin Roslan sebagai panel manakala Ceramah Islam dan Media Sosial adalah bersama Ustaz Dr. Ashraff Amirul.

Advertisements

Pameran: Ilhami Illahi adalah sebuah pameran kreatif Islamiah yang bakal mempamerkan produk-produk seni berunsurkan Islam, busana, lirik-lirik lagu, nukilan puisi, dan seni tampak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Koordinator Bidang Program Pengurusan Industri Kreatif, Dr. Hazlin Anita Zainal Abidin berkata, program seperti itu relevan dengan situasi sekarang terutamanya kepada golongan remaja dan belia.

Beliau berkata, memahami tren teknologi masyarakat terkini, gaya hidup yang berlandaskan Islam boleh ditularkan melalui medium pendidikan.

“Jadi peluang ini perlu diambil sebagai wadah untuk menarik perhatian generasi Z, khususnya,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa...

Lagi Artikel Berkaitan