28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

Kawal aktiviti rekreasi air elak kelunturan karang lebih parah

Mesti Baca

SEMUA pihak diminta bekerjasama bagi meminimumkan kelunturan terumbu karang yang dikesan sedang berlaku secara-besaran di perairan negara.

Jabatan Perikanan (DOF) berkata, antara langkah diambil ialah menggalakkan pengusaha pelancongan di pulau-pulau taman laut mengawal jumlah pelancong dalam aktiviti rekreasi air.

Pada masa yang sama para pelancong juga perlu mengelak kawasan sesak dan menyentuh secara fizikal batu karang semasa aktiviti air, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas terumbu karang.

Selain itu, pelancong juga diminta mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai, membuang sisa sampah dengan betul dan melaporkan penemuan kelunturan karang kepada Jabatan Perikanan atau pihak berkuasa yang berkaitan.

“Menjadi pelancong yang bertanggungjawab apabila melawat pulau adalah penting,” kata DOF dalam satu kenyataan.

Penyelam dari Reef Check Malaysia memeriksa kadar kelunturan batu karang di perairan negara. – Foto Reef Check

Semalam DOF mengesahkan lebih 50 peratus terumbu karang di negara ini mengalami kelunturan akibat tindak balas semula jadi ekoran perubahan tekanan alam sekitar.

Antara kawasa. yang terjejas ialah Pulau Payar di Kedah; Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol (Terengganu); Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Pemanggil di Johor.

Advertisements

Sementara itu DOF berkata, pihak akan terus menbuat pemantauan terhadap terumbu karang dan menjejaki perkembangan kejadian kelunturan.

“Diharapkan suhu laut akan kembali normal

membolehkan terumbu karang pulih.

“Proses pemulihan karang yang mengalami kelunturan boleh mengambil masa dari

beberapa minggu hingga beberapa bulan, oleh itu usaha pemantauan akan dijalankan

secara berterusan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan