31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 2, 2024

TMJ ‘panas’ hukuman Selangor FC diringankan sebelum rayuan

Mesti Baca

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ‘panas’ apabila Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC (SFC).

Lebih menambah rasa tidak puas hati pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu apabila keputusan tersebut dibuat sebelum SFC membuat sebarang rayuan.

“Lepas ini yang mana club tak bayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka aja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

“Ini akan start satu precedent di mana selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tak boleh,” titah baginda menerusi tulisannya dalam instastory malam ini.

Sebelum itu MFL memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap SFC kerana tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Johor pada 10 Mei lepas.

Dalam kenyataan hari ini, MFL berkata ahli Lembaga pengarah “menggunakan budi bicara” untuk membuat keputusan itu sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Advertisements

Menurut MFL, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 juga dibatalkan.

MFL turut membatalkan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat murka dengan keputusan MFL berhubung kes ketidakhadiran SFC dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Baginda menganggap MFL sebagai sebuah organisasi yang tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

Pada masa yang sama baginda juga menzahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin langsung tidak serius bersuara berhubung isu tersebut.

Tunku Ismail bertitah, JDT sejak 2013 telah dikenakan denda beratus ribu ringgit dan baginda sendiri telah digantung selama enam bulan namun tidak menitahkan Sultan Johor mengeluarkan surat atau kenyataan.

“Ini siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat u-turn (pusingan U) tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang. Ladies and gentlemen, l present to you The real Tokong of Malaysian football,” titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presto perluas program kesetiaan dengan PLUSMiles

PRESTO, Pengagregat E-dagang Kesetiaan Pertama dan Terbesar di Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan PLUSMiles, program ganjaran terbesar Malaysia untuk...

Lagi Artikel Berkaitan